Selasa, 16 Agustus 2011

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh seorang “Penggali Kubur” [muslim wajib]

Assalamuaaikum Wr WB


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.

Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Alloh SWT. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insyaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat, tetapi ketika aku menggali kuburannya pada malam hari, aku lihat wajahnya telah membelakangi kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru? ”tanya pemuda itu.

Wahai anak muda mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Alloh SWT sewaktu hidupnya. Alloh menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari menghadap kiblat, untuk membedakan mereka dari golongan muslim yang lain, “jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika menggali kubur mereka, aku lihat wajah mereka telah berubah menjadi… mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, “wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan sholat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya sholat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna sholat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain”.

Pemuda itu menyambung lagi, “wahai tuan guru golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa saja. Ketika kau menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya sangat menggelembung, dan keluar ulat yang sangat banyak dari perutnya itu.”

“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda, “balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, “wahai pemuda itulah golongan manusia yang durhaka kepada ibu bapaknya sewaktu hayatnya, Sesungguhnya Alloh SWT sama sekali tidak ridho kepada manusia yang mendurhakai ibu bapaknya.”

Kulihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuhnya,” sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan kelima yang gemar memutuskan silaturrahmi. Semasa hidupnya mereka suka memulai pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari. Bukankah Rasululloh SAW pernah bersabda, bahwa barang siapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siang lahadnya kering kerontang. Tatkala malam ketika aku menggali kembali kubur itu, aku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya, jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya senantiasa tersenyum dan berserk-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru? ”tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, “wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan beramal dengan ilmunya sewaktu hayat mereka.

Inilah golongan yang memperoleh keridhoan dan kemuliaan di sisi Alloh SWT baik sewaktu hayatnya maupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya dari pada Alloh SWT kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali.

Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun sebesar zarah.

Mac 2005



wassalamuaaikum Wr WB

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar